awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa di Kundasang: Tiada kerosakan dilaporkan, keadaan terkawal - Bomba
Kerajaan perhebat kawalan bekalan, harga barangan depani krisis bekalan global
1,048 mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditempatkan di enam PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan - Polis

Bernama
Bernama
19/04/2026
07:53 MYT
9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan - Polis
Pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan. - Foto Bernama
Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi.
“Kawasan ini menempatkan lebih kurang 1,200 rumah dan jumlah yang terkesan ialah kira-kira 1,000 rumah melibatkan 9,007 mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.
George berkata pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan.
Beliau juga menyangkal dakwaan tular di media sosial kononnya kebakaran itu meragut nyawa.
“Saya tegaskan setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa. Apa yang berlaku, mungkin cedera semasa menyelamatkan harta benda atau membantu rakan yang lain,” katanya.
George berkata operasi menyelaras pengurusan bencana digerakkan bersama-sama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaku komander insiden serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Beliau berkata punca sebenar kejadian kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#rumah atas air
#Kampung Bahagia
#Sandakan
#kebakaran
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan