awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu

Bernama
Bernama
29/05/2024
03:30 MYT
914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu
Sebanyak 914 saman dikeluarkan terhadap warga asing di negeri ini oleh polis sepanjang seminggu bermula 21 Mei lalu menerusi Operasi Lejang Bersepadu bersama JPJ. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Sebanyak 914 saman dikeluarkan kepada warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Lejang Bersepadu bermula pada 21 hingga 27 Mei lepas di Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata saman antaranya kerana tidak memiliki lesen memandu dan mengubah suai kenderaan itu dikeluarkan kepada 282 warga asing.
Beliau berkata dalam operasi itu, 52 warga asing turut ditahan membabitkan 31 warga Rohingya, Indonesia (lapan), Pakistan (enam), Bangladesh (empat) dan masing-masing seorang warga India, Nepal dan Thailand.
"Operasi ini menumpukan kepada pemandu atau penunggang kenderaan dalam kalangan warga asing terutama penunggang motosikal roda tiga yang membawa muatan barangan lusuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya sebanyak 276 kenderaan disita termasuk 13 motosikal roda tiga dalam operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan itu.
Muhamad Zaki turut mengingatkan pemilik kenderaan warga tempatan supaya tidak sewenang-wenang membenarkan kenderaan persendirian digunakan warga asing yang tidak memiliki lesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#JPJ
#saman
#Operasi Lejang Bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan