awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

92 peratus kes tertunggak bukan COVID-19 berjaya diselesaikan - Khairy

Bernama
Bernama
21/08/2022
09:44 MYT
92 peratus kes tertunggak bukan COVID-19 berjaya diselesaikan - Khairy
Khairy berkata KKM kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya menyelesaikan kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan di seluruh negara sebanyak 92 peratus setakat ini daripada jumlah 57,355 kes dilaporkan pada September 2021.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kementerian kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata penyelesaian kes tertunggak itu disumbangkan oleh beberapa inisiatif KKM termasuk penyumberluaran pesakit hospital kerajaan ke hospital swasta.
"Sebab itu kita melakukan penyumberluaran (ke) hospital swasta. Kalau kita tengok hospital awam penuh (dan) hospital swasta kosong, jadi pesakit bukan COVID-19 kita hantar kepada hospital swasta.
"Alhamdulillah, setelah kita melaksanakan langkah tersebut, pada September dan Oktober (2021), keadaan semakin baik dan kes semakin menurun," katanya pada Simposium Keluarga Malaysia bertajuk 'Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan', di sini, hari ini.
Sementara itu, Khairy turut mengumumkan sejumlah 4,053 Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah berjaya ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) setakat minggu lepas.
Katanya, jumlah perlantikan itu merupakan urusan pengambilan jawatan tetap terbesar pernah dilaksanakan sejak 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Khairy Jamaluddin
#kes tertunggak bukan COVID
#hospital kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan