awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

92 suspek pengganas ditangkap sejak 2013 - Khalid

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2015
03:08 MYT
92 suspek pengganas ditangkap sejak 2013 - Khalid
KHALID: 92 suspek pengganas ditangkap sejak 2013 - Gambar fail
Seramai 92 suspek ditangkap bahagian counter terrorism Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2013 kerana disyaki merancang melakukan keganasan di ibu negara dan terbabit aktiviti militan di Syria.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia termasuk yang terbaharu iaitu seramai 17 orang lagi yang ditahan pada Ahad.
Jelas Khalid, dua daripada mereka baru pulang dari Syria.
"Operasi khas di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah dilakukan ke atas sel anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas IS. Seramai 17 orang suspek yang berusia di antara 14 hingga 49 tahun telah ditangkap ketika sedang mengadakan pertemuan sulit bagi merancang untuk melancarkan serangan di sekitar Lembah Klang. Rancangan mereka melibatkan penculikan ke atas orang-orang kenamaan, serangan ke atas lokasi-lokasi strategik di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Anggota kanan sel pengganas ini yang berusia 49 tahun berasal dari Kedah, merupakan bekas anggota kanan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang ditangkap pada Jun 2001 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960. Dia pernah menjalani latihan di Afghanistan pada Jun 1989 dan di Sulawesi pada November 2000.
"Suspek juga terlibat dalam rancangan untuk merompak senjata api di balai polis Guar Chempedak pada Februari 2001. Turut ditahan adalah dua anggpta tentera, seorang pengawal keselamatan yang mempunyai akses kepada senjata api dan seorang anggota militan dari Indonesia yang merupakan bekas anggota militan dari Indonesia yang merupakan bekas anggota Kumpulan Jemaah Islamiah dan mahir mengendalikan senjata api," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tegas Khalid, kesemua mereka ditangkap di bawah kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Sehingga kini dipercayai hampir 63 rakyat Malaysia berada di Syria bagi berjuang bersama kumpulan militan IS.
Topic Berkaitan
#Khalid
#pengganas
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan