awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 mangsa banjir di Sungai Siput dipindahkan ke PPS

Bernama
Bernama
27/09/2021
06:56 MYT
97 mangsa banjir di Sungai Siput dipindahkan ke PPS
Keadaan banjir di Lintang, Sungai Siput, hari ini. - Facebook Komuniti Sungai Siput
IPOH: Seramai 97 penduduk dari tiga kampung di Sungai Siput dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata banjir sedalam hampir satu meter mula melanda Kampung Chior dan Kampung Tok Sirat di Lasah serta Kampung Lintang kira-kira pukul 8.30 malam.
"PPS telah dibuka di Dewan Tok Sirat, Sekolah Kebangsaan Lasah dan Dewan Kampung Lintang untuk menempatkan mangsa banjir berkenaan dan pemindahan dilakukan anggota bomba menggunakan utiliti jabatan dengan bantuan orang kampung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan paras air mulai surut pagi tadi, namun pasukan bomba masih menjalankan operasi pemantauan secara berkala.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang, turut meninjau lokasi kejadian tengah hari tadi bagi melihat keadaan mangsa dan usaha menangani bencana tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#Sungai Siput
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan