awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 peratus ahli Kabinet PN telah isytihar harta - Muhyiddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/07/2020
05:58 MYT
97 peratus ahli Kabinet PN telah isytihar harta - Muhyiddin
Muhyiddin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching (PH-Kulai). - Gambar fail
Lima lagi anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN) masih belum mengisytiharkan harta yang dimiliki mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehingga hari ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata anggota Kabinet terbabit telah diberi tempoh selama tiga bulan untuk berbuat demikian selepas mesyuarat sulung Kabinet pada 10 Mac lepas.
"Masa yang telah diberikan bagi saya mencukupi. Setakat ini, daripada senarai Kabinet, 97 peratus telah pun menyerahkan, ada lagi lima (ahli Kabinet belum isytihar), lima ini saya tidak payah sebut ... saya akan ambil perhatian berat dan minta supaya perkara ini disegerakan, supaya ia akan disempurnakan
"Begitu juga di peringkat timbalan menteri-timbalan menteri dan ahli Parlimen di pihak kita," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Muhyiddin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu perkembangan perkara itu yang diisytiharkan sebagai satu komitmen kerajaan PN oleh Muhyiddin pada 11 Mac lepas.
Kata beliau, PN memerlukan sedikit masa.
"Saya ucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH), saya dengar semua di pihak sana sudah selesaikan (isytih ketika pentadbiran sebelum ini. Di sini semua baharu, kami perlukan sedikit masa.
"Namun begitu, saya percaya akan disempurnakan dalam tempoh terdekat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kabinet
#kerajaan
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan