awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

98 rumah di daerah Seberang Perai Tengah dinaiki air

Bernama
Bernama
29/05/2018
01:04 MYT
98 rumah di daerah Seberang Perai Tengah dinaiki air
Hujan mulai berhenti pada jam 3 pagi dan sehingga 6 pagi ini, air mulai surut di kebanyakan tempat.
Sebanyak 98 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah, di sini dinaiki air selepas hujan lebih empat jam bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kawasan yang dilanda banjir itu adalah berpunca daripada hujan lebat, angin kencang berserta ribut petir bermula 11.30 malam sehingga 3 pagi tadi dengan keadaan air pasang setinggi 2.4 meter pada 12.01 tengah malam tadi.
Hujan lebat itu turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan 13 jalan turut dinaiki air bagaimanapun masih boleh dilalui kenderaan ringan.
Nik Ros Azhan berkata 24 keluarga melibatkan 76 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat penempatan banjir iaitu di Dewan Orang Ramai Perda Timur 14, Pusat Penempatan Banjir Dewan JKKK Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Machang Bubuk.
Beliau berkata hujan mulai berhenti pada 3 pagi dan sehingga 6 pagi ini, air mulai surut di kebanyakan tempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#hujan lebat
#mangsa
#mangsa banjir
#Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
#Pokok tumbang
#polis
#pusat penempatan
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan