awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari seru jawatankuasa masjid tingkatkan integriti

Bernama
Bernama
10/11/2021
07:07 MYT
Abang Johari seru jawatankuasa masjid tingkatkan integriti
Pastikan imej institusi masjid dan agama Islam dapat dijaga sepanjang masa sejajar dengan amanah yang diberikan. - Bernama
SIBU: Kepimpinan dan ahli jawatankuasa masjid di Sarawak perlu berusaha mempertingkatkan keupayaan mengurus masjid dengan lebih profesional dan berintegriti, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.
Beliau berkata, ini bagi memastikan imej institusi masjid dan agama Islam dapat dijaga sepanjang masa sejajar dengan amanah yang diberikan masyarakat Islam kepada kepimpinan dan ahli jawatankuasa masjid.
"Amanah dan tugas yang diberikan perlulah disempurnakan sebaik mungkin dan perlu menjauhkan diri daripada apa sahaja perbuatan dan perlakuan yang bercanggah dengan tuntutan agama," katanya berucap merasmikan Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini hari ini.
Abang Johari berkata kerajaan memandang serius setiap perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai integriti dalam semua lapisan masyarakat kerana ia adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar masyarakat di Sarawak mampu mencapai kecemerlangan tinggi dalam kehidupan.
Beliau berkata Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam perkhidmatan awam serta institusi lain.
Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan Anugerah Terbaik Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) bersempena Anugerah Masjid Malaysia 2020 bagi kategori Pengimarahan Etnik kepada Masjid An Nur Sibu yang diwakili pengerusi jawatankuasanya Latiff Coupon.
Beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Imam Negeri Sarawak bersempena Konvensyen Murabbi Peringkat Kebangsaan 2021 kepada Jammie Andrew daripada Masjid Setia Raja Mukah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#jawatankuasa masjid
#integriti
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan