awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM gesa henti segera tindakan ketenteraan terhadap Iran

Bernama
Bernama
01/03/2026
00:01 MYT
ABIM gesa henti segera tindakan ketenteraan terhadap Iran
ABIM menyeru penghentian segera semua tindakan ketenteraan dan pembalasan, kembalikan pihak terlibat ke meja rundingan serta menegaskan komitmen terhadap kedaulatan, undang-undang dan penyelesaian konflik secara diplomatik. - Foto ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa penghentian segera segala tindakan ketenteraan susulan serangan terhadap Iran yang berisiko mencetuskan konflik lebih luas di Timur Tengah.
Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam kenyataan berkata ABIM memandang serius dan mengutuk tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran dan beberapa wilayah di Lubnan.
“Serangan ini berlaku ketika saluran diplomatik dan rundingan berkaitan isu nuklear masih berjalan. Tindakan ketenteraan dalam suasana rundingan yang belum tertutup sepenuhnya bukan sahaja merencatkan proses damai, malah menghantar mesej bahawa kekuatan bersenjata didahulukan berbanding komitmen terhadap diplomasi,” katanya.
Beliau berkata penggunaan kekerasan secara unilateral tanpa mandat kolektif antarabangsa melanggar prinsip asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya Perkara 2(4) yang melarang ancaman atau penggunaan kekuatan terhadap integriti wilayah sesebuah negara.
Ahmad Fahmi berkata peningkatan itu mencerminkan krisis kredibiliti sistem antarabangsa apabila kuasa besar dilihat tidak konsisten mematuhi prinsip yang sama yang dituntut daripada negara lain, sambil menegaskan undang-undang antarabangsa tidak boleh bersifat selektif atau tunduk kepada kepentingan geopolitik.
Beliau berkata normalisasi tindakan ketenteraan atas alasan pencegahan atau dakwaan ancaman masa depan berisiko membuka jalan kepada budaya peperangan ‘pre-emptive’ yang berbahaya dan tidak terkawal.
“Timur Tengah telah terlalu lama menjadi medan percaturan kuasa besar. Satu lagi gelombang peperangan hanya akan memperdalam penderitaan rakyat awam, menggugat kestabilan serantau dan memberi kesan limpahan kepada ekonomi serta keselamatan global,” katanya.
Sehubungan itu, ABIM menyeru penghentian segera semua tindakan ketenteraan dan pembalasan, kembalikan pihak terlibat ke meja rundingan tanpa prasyarat serta menegaskan komitmen antarabangsa terhadap kedaulatan, undang-undang dan penyelesaian konflik secara diplomatik.
Beliau berkata keamanan yang adil tidak lahir daripada dominasi ketenteraan sebaliknya hanya dapat dicapai melalui keadilan, penghormatan terhadap kedaulatan serta kesediaan untuk berunding secara bermaruah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Israel serang Iran
#lubnan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan