awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM zahir dukacita pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
08/03/2026
23:47 MYT
ABIM zahir dukacita pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Menurut ABIM, Allahyarham Syed Muhammad Naquib pernah terlibat dalam mereka bentuk logo rasmi gerakan tersebut yang masih digunakan sehingga hari ini. - Foto ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan rasa dukacita mendalam susulan pemergian Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan Islam.
Menerusi satu kenyataan hari ini, ABIM menyifatkan pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai di Malaysia, malah turut diratapi oleh dunia Islam serta tradisi intelektual sejagat.
Katanya, Allahyarham dikenang sebagai seorang pemikir agung yang memberikan sumbangan besar dalam pembangunan falsafah Islam, pendidikan serta pembinaan peradaban.
ABIM turut menyifatkan Syed Muhammad Naquib sebagai antara tokoh penting yang berjaya mengembalikan keyakinan umat terhadap tradisi ilmu Islam, selain menghubungkan warisan intelektual Islam dengan cabaran dunia moden.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menghasilkan ratusan karya yang merangkumi pelbagai bidang termasuk falsafah, metafizik Islam, kesusasteraan, sejarah, pendidikan serta peradaban Melayu-Islam. Malah, karya-karya beliau turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi rujukan penting dalam wacana pemikiran Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, ABIM turut menekankan hubungan sejarah antara gerakan tersebut dengan Allahyarham, khususnya pada era awal kebangkitan Islam ketika organisasi itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara karya berpengaruh Syed Muhammad Naquib termasuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972), Islam and Secularism (1978), The Concept of Education in Islam (1980) serta karya terakhir beliau, Islam: The Covenants Fulfilled yang diterbitkan pada tahun 2023.
Selain sumbangan pemikiran, ABIM turut menjelaskan bahawa Allahyarham pernah terlibat dalam mereka bentuk logo rasmi gerakan tersebut yang masih digunakan sehingga hari ini, selain mencetuskan idea penerbitan Risalah ABIM.
Sehubungan itu, ABIM menggesa kerajaan agar mempertimbangkan penganugerahan gelaran Tokoh Peradaban Negara atau bentuk penghormatan setara kepada Allahyarham sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam pembangunan pemikiran dan peradaban Islam di Malaysia.
“Pengiktirafan sedemikian bukan sekadar mengenang seorang sarjana besar, tetapi juga sebagai penghormatan terhadap tradisi ilmu yang menjadi asas pembinaan tamadun bangsa,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Syed Muhammad Naquib al-Attas
#meninggal dunia
#Tokoh Ilmuwan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan