awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACC 2026: Nurul Izzah Izzati sedia berdepan juara dunia

Bernama
Bernama
29/03/2026
11:54 MYT
ACC 2026: Nurul Izzah Izzati sedia berdepan juara dunia
Cabaran getir menanti pelumba berusia 23 tahun itu apabila beliau dijadual menentang juara dunia Keirin dua kali, Mina Sato dari Jepun dalam Pusingan 1 separuh akhir esok. - Gambar fail
Bintang berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berpeluang membawa pulang pingat emas selepas berjaya mara ke separuh akhir acara pecut elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 (ACC) di Tagaytay, Filipina, hari ini.
Bagaimanapun, cabaran getir bakal menanti pelumba berusia 23 tahun itu apabila beliau dijadual menentang juara dunia Keirin dua kali, Mina Sato dari Jepun dalam Pusingan 1 separuh akhir esok.
Sementara itu, Pusingan 2 menyaksikan pertembungan antara Yuan Liying dan Wang Lijuan, kedua-duanya dari China.
Menurut format pertandingan, pemenang setiap pusingan akan layak ke perlawanan akhir bagi merebut pingat emas, manakala yang kecundang bakal bersaing merebut pingat gangsa, yang turut diadakan esok.
Terdahulu, Nurul Izzah Izzati mempamerkan prestasi cemerlang selepas menewaskan rakan senegara, Nur Alyssa Mohd Farid 2-0, manakala Mina juga meraih kemenangan 2-0 menumpaskan Cho Yiu Yeung dari Hong Kong, pada pusingan suku akhir.

Sementara itu, kem lelaki mengalami kekecewaan apabila Muhammad Ridwan Sahrom tersingkir seawal pusingan 16 kategori pecut elit lelaki selepas tewas kepada pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit, yang juga bekas juara Sukan Asia.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#sukan
#berbasikal
# Nurul Izzah Izzati
#ACC 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan