awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah hukuman rotan kaedah terbaik mendisiplinkan pelajar? - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2017
09:10 MYT
Adakah hukuman rotan kaedah terbaik mendisiplinkan pelajar? - Mahdzir
Mahdzir membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar. -Gambar fail
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.
Pada masa sama, Mahdzir memaklumkan ada pengguna di Facebook yang mencadangkan kepada beliau agar pelaksanaan hukuman dibuat dengan kehadiran waris.
Hukuman rotan bkn penyelesaian terakhir utk mendisiplinkan pelajar tp mungkin 1 kaedah yg wajar dikuatkuasakan.Macam mana?
— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 26, 2017
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @CaptRahmat berpendapat tindakan tersebut adalah wajar namun kaedah hukuman berkenaan harus dilakukan secara berperingkat.
"Fasa 1, kaunseling di sekolah, kemudian diikuti dengan fasa 2 iaitu kaunseling di sekolah di hadapan ibu bapa serta persetujuan bertulis akan dihukum rotan jika mengulangi kesalahan," kata pengguna Twitter itu.
@MahdzirKhalid 1) hukuman rotan perlu dibawa balik ke sekolah-sekolah. Hukuman perlu dibuat dengan cara berperingkat: (bersambung)
— CaptRahmat (@CaptRahmat) February 26, 2017
@MahdzirKhalid 2) Fasa 1: kaunseling di sekolah, Fasa 2: kaunseling di sekolah di hadapan ibu bapa + persetujuan bertulis rotan jika ulang
— CaptRahmat (@CaptRahmat) February 26, 2017
@MahdzirKhalid 3) Fasa 3: rotan
— CaptRahmat (@CaptRahmat) February 26, 2017
Pada masa sama, Mahdzir turut mengingatkan semua bahawa asas pembentukan disiplin pelajar perlu bermula di rumah.
"Disiplin diri dibentuk bermula dari rumah dan diasah dalam persekitaran sekolah," ujar Mahdzir.
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dalam reaksinya pula berhujah hukuman rotan tidak menyelesaikan masalah.
Menurut PAGE, perkara pokok yang perlu ditangani ialah mengatasi punca kejadian buli yang berlaku di sekolah serta menguatkuasakan program pencegahannya.
YBDS @MahdzirKhalid Atasi punca buli dulu, rotan x efektif utk selesai masalah, Kuatkuasa prog cegah buli & pemulihan, Rujuk pakar psikiatri pic.twitter.com/yz9nO5aPdl
— PAGE MALAYSIA (@PAGEMalaysia) February 26, 2017
Kes buli dilihat terus menjadi-jadi dengan kes yang terbaharu menyaksikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera di kepala dipercayai dipukul dua pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Topic Berkaitan
#disiplin pelajar
#hukuman rotan
#kaunseling di sekolah
#Mahdzir Khalid
#ulangi kesalahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan