awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adobe Acrobat tampil ciri pembantu AI untuk rumuskan dokumen

Amanz
Amanz
21/02/2024
09:54 MYT
Adobe Acrobat tampil ciri pembantu AI untuk rumuskan dokumen
AI Assistant dapat mengurangkan masa yang perlu dihabiskan bagi membaca dokumen-dokumen yang panjang. -Amanz
ADOBE Acrobat turut tidak boleh melarikan diri daripada mempunyai integrasi kecerdasan buatan (AI).
Dalam versi Beta, Acrobat diberikan ciri AI Assistant yang boleh membantu merumuskan dokumen, menjawab soalan mengenai kandungan dokumen dan memberikan saranan berdasarkan kandungan dokumen.
Menerusi AI Assistant, ia akan mengurangkan masa yang perlu dihabiskan bagi membaca dokumen-dokumen yang panjang.
Maklumat-maklumat penting dalam dokumen akan diketengahkan serta senarai emel atau nombor telefon yang terkandung dalamnya.
Acrobat bukan sahaja menyokong ciri ini untuk fail PDF tetapi juga fail Microsoft Word dan PowerPoint.
Adobe berkata data peribadi pengguna Acrobat tidak akan digunakan untuk melatih AI tanpa kebenaran mereka.
Adobe Acrobat dan Acrobat Reader dengan AI Assist kini boleh digunakan dalam versi Beta.
Apabila dilancarkan kelak, pelan langganan baharu dengan AI Assist akan diperkenalkan tetapi harga belum diumumkan lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Adobe Acrobat
#AI Assistant
#kecerdasan buatan
#rumuskan kandungan dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan