awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun Permaisuri Mohd Jidin Shafee nafi keluar UMNO

Bernama
Bernama
13/05/2014
07:14 MYT
Adun Permaisuri Mohd Jidin Shafee nafi keluar UMNO
Jidin Shafee
Seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Umno menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada parti itu dan menjadi wakil Bebas seperti tiga lagi wakil rakyat Umno.
Datuk Mohd Jidin Shafee, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri berkata dalam mesej melalui SMS kepada Bernama bahawa beliau tetap bersama Umno.
Beliau ialah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Terdahulu, Adun Kemasik Ir Rosli Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri menafikan beliau akan keluar daripada Umno dan menjadi wakil bebas.
Khabar angin tersebar di negeri ini selepas bekas menteri besar dan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan dua wakil BN dari Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) - mengumumkan mereka keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil Bebas.
Dengan perkembangan terbaru politik itu, wakil BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan daripada 17 kepada 14. PAS mempunyai 14 wakil rakyat di DUN dan PKR, satu.
Selepas Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Jidin Shafee
#nafi
#Permaisuri
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan