awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC rujuk kes FAM kepada jawatankuasa tatatertib

Reuters
Reuters
06/03/2026
03:47 MYT
AFC rujuk kes FAM kepada jawatankuasa tatatertib
AFC mengesahkan perkara terbabit kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan pertimbangan lanjut. - Gambar fail/Bernama
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengambil maklum mengenai keputusan dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beberapa pemain kebangsaan.
Menerusi kenyataan hari ini, AFC mengesahkan perkara terbabit kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan pertimbangan lanjut.
Difahamkan badan induk itu tidak memberikan sebarang komen mengenai siasatan atau prosiding yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika itu.

Semalam, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.

Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan, Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Panel CAS berpendapat bahawa denda sebanyak CHF 350,000 (anggaran RM1.8 juta) ke atas FAM berhubung kes berkenaan adalah wajar, setimpal, dan kekal berkuat kuasa.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAS
#afc
#FAM
#FIFA
#pemain kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan