awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman

Bernama
Bernama
10/07/2024
04:10 MYT
AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan Isham yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB dan SRC International membabitkan Najib Razak. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT), UMNO Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin.
"Representasi dikemukakan pemohon (Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil) ditolak oleh AGC. Kami mohon untuk mahkamah menetapkan tarikh pendengaran kes," kata Mohamad Mustaffa yang turut dibantu TPR Ahmad Akram Gharib.
Representasi itu dihantar kepada AGC pada 25 Mac lepas berkaitan permohonan maaf secara terbuka yang akan dibuat Isham terhadap badan kehakiman.
Prosiding itu turut dihadiri peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun mewakili Isham.
Pada 4 Mac lepas mahkamah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham.
Peguam Negara dalam permohonan yang difailkan pada 28 Dis tahun lepas, turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham.
Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 Sept tahun lepas.
Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International serta 1MDB.
Isham turut didakwa mempertikai proses pendengaran permohonan penarikan diri Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini serta proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International.
Peguam Negara juga mendakwa perkataan yang diucapkan oleh Isham telah mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#tolak representasi
#Isham Jalil
#menghina mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan