awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan berangkat ke majlis penutup Desert Tiger Exercise di UAE

Bernama
Bernama
27/02/2023
15:13 MYT
Agong berkenan berangkat ke majlis penutup Desert Tiger Exercise di UAE
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE.
Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir, Presiden UAE yang juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke majlis penutup Desert Tiger Exercise diiringi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. - Gambar Facebook Istana Negara
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke majlis penutup Desert Tiger Exercise diiringi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. - Gambar Facebook Istana Negara
Keberangkatan Seri Paduka selaku ketua pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia adalah atas persilaan Sheikh Mohammed, sahabat akrab yang juga rakan kolej Al-Sultan Abdullah di institusi latihan ketenteraan terkemuka dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, pada 1978 dan 1979.
Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-UAE telah bermula pada 8 Feb 2023 atas tajaan kerajaan UAE dengan melibatkan 14 pegawai dan 116 anggota daripada Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) serta lima pegawai dan 120 anggota daripada Batalion Ke-61 UAE Land Forces.
Hadir sama di majlis berkenaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Seri Paduka kini berada di UAE bagi lawatan khas selama tujuh hari hingga 1 Mac.
Turut mengiring lawatan khas itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - BERNAMA
Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-UAE telah bermula pada 8 Feb 2023 atas tajaan kerajaan UAE. - Gambar Facebook Istana Negara
Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-UAE telah bermula pada 8 Feb 2023 atas tajaan kerajaan UAE. - Gambar Facebook Istana Negara
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Desert Tiger Exercise
#Malaysia-UAE
#Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan