awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan saksi pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Dubai

Bernama
Bernama
02/12/2023
11:10 MYT
Agong berkenan saksi pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Dubai
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menyaksikan majlis pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dalam satu majlis di Dubai. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan majlis pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dalam satu majlis di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istana Negara dalam catatan di Instagram hari ini memaklumkan pertukaran dokumen itu membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Kerajaan Pahang dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar), sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang berpangkalan di Abu Dhabi.
Syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat adalah Tenaga Nasional Berhad, Citaglobal Berhad, Malakoff Berhad, Cypark Resources Berhad, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Tadau Energy Sdn Bhd.
"Ia susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar yang telah disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan beliau ke UAE pada 5 dan 6 Oktober lepas," menurut catatan itu.
Majlis pertukaran dokumen itu berlangsung selepas majlis perasmian Pavilion Malaysia yang disempurnakan Seri Paduka Baginda di Expo City, Dubai, semalam.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini berada di Abu Dhabi bagi lawatan khas sehingga 4 Dis ini.
Lawatan khas itu adalah sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang bermula pada Khamis lepas hingga 12 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Dubai
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan