awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Abdul Aziz

Bernama
Bernama
06/12/2022
14:18 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Abdul Aziz
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu. - Gambar/ FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Muar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, yang meninggal dunia hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut catatan itu.
Abdul Aziz, 90, yang dilahirkan di Muar pada 27 Okt 1932, meninggal dunia pada 9.50 pagi tadi di sini.
Allahyarham yang merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar selama sepenggal dari 1995 hingga 1999.
Allahyarham juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama pada 1965.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Mohd Yassin
#meninggal dunia
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan