awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus

Bernama
Bernama
08/05/2020
05:27 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin. - Instagram/ Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.
Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham, Seri Paduka berdua turut berharap agar seluruh keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham sebagai pendakwah dan pengasas Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia amat dihargai Seri Paduka Baginda berdua," demikian menurut hantaran di akaun rasmi Instagram Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin.
Allahyarham yang meninggal dunia di kediamannya di Ampang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat, di sini, pada jam 11 pagi.
Allahyarham berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.
Allahyarham,yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agong
#Allahyarham
#bulan puasa
#ismail kamus
#Jumaat
#meninggal dunia
#pemergian mulia
#Permaisuri
#Ramadan
#syurga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan