awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada graduan tertua UTM

Bernama
Bernama
12/12/2021
20:00 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada graduan tertua UTM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa kagum dengan kejayaan Abdul Rahim dan menyifatkan kejayaan beliau sebagai antara contoh terbaik. - Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Abdul Rahim Ramli atas kejayaan mencapai impian bergelar doktor falsafah di usia 70 tahun pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa kagum dengan kejayaan Abdul Rahim dan menyifatkan kejayaan beliau sebagai antara contoh terbaik bahawa usia bukan penghalang bagi seseorang mengecapi kecemerlangan.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Abdul Rahim dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan yang berterusan," menurut Istana Negara pada Ahad.
Catatan Istana Negara turut disertakan dengan sebuah poster memaparkan gambar Abdul Rahim memegang ijazah doktor falsafahnya dengan kata-kata: "Tahniah Abdul Rahim Ramli. Penerima Ijazah Doktor Falsafah pada usia 70 tahun. Usia bukan penghalang mengecapi kejayaan."
Menurut catatan itu, Abdul Rahim yang mempunyai tiga anak dan 10 cucu menerima Ijazah Doktor Falsafah Perancang Bandar dan Wilayah pada konvokesyen UTM yang ke-64 pada Sabtu.
Sementara itu, menurut portal news.utm.my, Abdul Rahim yang merupakan graduan tertua pada konvokesyen UTM kali ini menerima ijazah daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM.
Abdul Rahim yang merupakan pesara kerajaan memulakan pengajian ijazah doktor falsafahnya pada 2013 dan tamat pada 2019.
Beliau dijadualkan menghadiri konvokesyen pada 2020 tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Universiti Teknologi Malaysia
#terima PHD usia tua
#Dr Abdul Rahim Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan