awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Bernama
Bernama
20/01/2024
11:00 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, hari ini. - Foto ihsan Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini, hari ini.
Turut berangkat menghadiri majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis yang bermula pada pukul 3 petang itu dihadiri 2,500 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia.
Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Turut hadir tiga bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Majlis bersempena tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini turut dimeriahkan dengan persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad dari Melaka.
Pasangan Diraja itu turut meluangkan masa hampir satu jam bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan dalam majlis itu.
Acara lain yang akan berlangsung sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda termasuk Majlis Jamuan Negara yang dijadualkan pada 27 Januari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Majlis Jamuan Teh Diraja
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan