awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berkenan adakan lawatan negara ke Singapura

Bernama
Bernama
24/10/2022
08:12 MYT
Agong, Raja Permaisuri berkenan adakan lawatan negara ke Singapura
Lawatan negara itu atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob. - Fail/BERNAMA
SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan negara ke Singapura bermula esok hingga 28 Okt ini.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan negara itu atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Antara program yang telah diatur termasuk Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan oleh Halimah di Istana.
"Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan turut menghadap Al-Sultan Abdullah dan menghoskan majlis makan tengah hari untuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
"Semasa lawatan tersebut, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat beberapa tempat bersejarah serta fasiliti kerajaan Singapura," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Seri Paduka berdua akan turut berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama Keluarga Malaysia di Singapura.
Keberangkatan Seri Paduka berdua akan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dan pegawai-pegawai daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Luar.
"Lawatan negara ini melambangkan hubungan dua hala yang mesra dan erat antara Malaysia dan Singapura yang pastinya akan memperkukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#lawatan ke singapura
#Lee Hsien Loong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan