awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong sekali lagi turun kenderaan periksa mangsa kemalangan Lebuhraya MEX

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
29/01/2020
02:57 MYT
Agong sekali lagi turun kenderaan periksa mangsa kemalangan Lebuhraya MEX
Dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet pagi ini, Yang di-Pertuan Agong turun dari kenderaan untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya MEX. Instagram @istana_negara
Sifat keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Terbaru, Al-Sultan Abdullah sekali lagi mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pagi ini.
Berdasarkan perkongsian menerusi laman Instagram Istana Negara, baginda ketika itu sedang dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri.
View this post on Instagram
Dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Plaza tol Lebuhraya MEX Putrajaya. Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Istana Melawati untuk Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri. Daulat Tuanku #agongkita #ourking
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jan 28, 2020 at 4:55pm PST
Sebaik melakukan pemeriksaan dan bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut, Seri Paduka meneruskan perjalanan ke Istana Melawati, Putrajaya bagi menghadiri majlis berkenaan.
Sebelum ini, Sultan Abdullah dilaporkan telah beberapa kali mencemar duli turun daripada kenderaan bagi melihat dua kemalangan pada hari yang sama di sekitar Putrajaya pada November lalu.
Seri Paduka juga ada menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.
BACA: Agong periksa dua kemalangan berlaku sekitar Putrajaya
BACA: Koronavirus: Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat
Topic Berkaitan
#Agong Kita
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Instagram
#kemalangan
#mangsa
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan