awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima kunjungan Presiden Iran dan Turki

Bernama
Bernama
18/12/2019
12:21 MYT
Agong terima kunjungan Presiden Iran dan Turki
Pemimpin Iran dan Seri Paduka membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala serta perdagangan antara kedua-dua negara.- Foto Jabatan Penerangan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima kunjungan Presiden Iran Hassan Rouhani dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan secara berasingan di Istana Negara di sini hari ini.
Kedua-dua pemimpin berkenaan kini berada di ibu negara bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang bermula hari ini hingga Sabtu.
Kunjungan tersebut merupakan yang pertama bagi kedua-dua pemimpin dengan Seri Paduka sejak Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.
Semasa pertemuan 20 minit dengan Rouhani yang bermula 5.35 petang, pemimpin Iran dan Seri Paduka membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala serta perdagangan antara kedua-dua negara.
Perbincangan itu juga menyentuh mengenai keperluan untuk lebih banyak usaha bagi Malaysia dan Iran mengenal pasti dan membangunkan kerjasama yang berpotensi dalam perdagangan dan pelaburan untuk manfaat kedua-dua negara.
Kunjungan tersebut merupakan yang pertama bagi kedua-dua pemimpin dengan Seri Paduka sejak Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari. - Jabatan Penerangan
Kunjungan tersebut merupakan yang pertama bagi kedua-dua pemimpin dengan Seri Paduka sejak Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari. - Foto Jabatan Penerangan
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Hassan Rouhani
#KLSummit2019
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Presiden Iran
#Presiden Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#Sidang Kemuncak Kuala Lumpur
#Turki
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan