awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen kerajaan diberi ruang utarakan pandangan inisiatif KKMM

Bernama
Bernama
15/11/2021
16:24 MYT
Ahli Parlimen kerajaan diberi ruang utarakan pandangan inisiatif KKMM
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap ketika hadir pada Sesi Taklimat Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) Kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan di sebuah hotel pada Isnin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Kerajaan hari ini diberikan taklimat dan ruang mengutarakan soalan serta pandangan mengenai inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi tahun 2022.
Menerusi sesi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata selain itu, KKMM turut memaklumkan inisiatif-inisiatif kementerian yang terkini kepada Ahli Parlimen bagi perhatian dan tindakan selanjutnya.
"(Ini) termasuk konsep Jaringan Keluarga Malaysia untuk meningkatkan community empowerment (pemerkasaan komuniti), komuniti Keluarga Malaysia dan juga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
Ini adalah reinvention atau penambahbaikan yang sedang kita lakukan, yang memerlukan sokongan dan juga dukungan daripada Ahli-ahli Parlimen di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi itu di sini malam ini.
Sesi taklimat selama hampir satu jam berkenaan disampaikan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek sebelum majlis dibuka untuk sesi soal jawab.
Antara isi taklimat itu adalah Intipati Belanjawan Tahun 2022 dan program KKMM termasuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia serta Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kerajaan
#KKMM
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#sesi taklimat
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan