awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Tanjong Manis dilantik pengerusi baharu CIDB

Bernama
Bernama
06/05/2020
06:52 MYT
Ahli Parlimen Tanjong Manis dilantik pengerusi baharu CIDB
Yusuf Abdul Wahab berpengalaman luas selama 34 tahun dalam bidang kejuruteraan. - Foto Facebook
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 1 Mei lepas.
CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan sebagai pengerusi, Yusuf bertanggungjawab memastikan hala tuju CIDB sebagai sebuah organisasi yang 'boleh dipercayai' sejajar dengan fungsinya mengawal selia, membangunkan dan memudahcara industri pembinaan di Malaysia.
Yusuf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Nebraska-Omaha, Amerika Syarikat dan berpengalaman luas selama 34 tahun dalam bidang kejuruteraan.
Beliau kini merupakan Pengarah Jurutera Perunding Wahba Sdn Bhd dan juga pernah menjadi pengarah untuk projek infrastruktur kerajaan dan swasta.
Selain itu, beliau juga merupakan ahli badan profesional Lembaga Jurutera Malaysia, Institusi Jurutera Malaysia dan Persatuan Penasihat Jurutera Malaysia.
Dalam pada itu, Yusuf turut menyandang beberapa jawatan penting termasuklah sebagai Pemegang Amanah di Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rejang, Pengerusi The Paloh Muslim Charitable Trust Fund dan Panel Penasihat Program Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Sarawak.
Pengerusi baharu itu menggantikan Datuk Ir Dr Meor Abdul Aziz Osman.
"Ahli Lembaga, barisan pengurusan dan kakitangan CIDB mengalu-alukan pelantikan Yusuf dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Meor Abdul Aziz atas khidmat bakti beliau sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Amerika Syarikat
#cidb
#kejuruteraan
#Malaysia
#Parlimen
#Sarawak
#Yusuf Abdul Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan