awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli UMNO diseru berusaha patahkan fitnah pembangkang

Harris Hardy Hakim
Harris Hardy Hakim
05/12/2013
11:37 MYT
Ahli UMNO diseru berusaha patahkan fitnah pembangkang
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pemimpin UMNO diperingkat akar umbi supaya berusaha mematahkan fitnah yang disebarkan pihak lawan bagi mengekang persepsi negatif terhadap parti.
Ahmd Zahid berkata usaha tersebut perlu dilakukan secara terancang dan teratur membabitkan semua ahli UMNO diperingkat cawangan dan bahagian.
Katanya, pemimpin parti diperingkat akar umbi perlu menjadikan pengalaman dalam dua pilihan raya umum yang lalu sebagai pengajaran.
“Kita tahu bahawa daripada PRU 2008 dan 2013 memperlihatkan serangan-serangan yang ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan serangan yang berterusan. Oleh yang demikian persediaan dalam memperkasakan parti perlu dilakukan.
“Sebab itulah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada bahagian serta cawangan dan begitu juga dari segi penguasaan teknologi maklumat sebagai medium untuk mendekati kumpulan sasaran atau khalayak yang rata-rata menggunakan media baru ini.” katanya ketika ditemui wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Sementara itu seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melihat UMNO mampu mendominasi ruang siber sekiranya setiap ahli parti itu memainkan peranan menyebarkan maklumat yang betul kepada rakyat.
“Diantara strategi yang ditekankan iaitu memperkasakan cawangan dan bahagian. Cawangan dan bahagian merupakan nadi dan akar serta tunjang parti.
“Kita mempunyai ahli yang ramai di bahagian serta cawangan dan sekiranya kesemuanya digerakkan, UMNO mempunyai jentera yang cukup kuat untuk mematahkan serangan lawan.”
Mohd Shafie menegaskan gerak kerja mematahkan serangan lawan perlu dimulakan sekarang bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN pada PRU ke 14.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Datuk Seri Shafie Apdal
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan