awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Lebih 200,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya WCE

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
08:50 MYT
Aidilfitri: Lebih 200,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya WCE
Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata lonjakan itu mencerminkan permintaan perjalanan yang tinggi berdasarkan corak perayaan terkini, dengan lebuh raya itu pernah merekodkan antara 160,000 hingga
West Coast Expressway Holdings Berhad (WCEHB) menjangkakan lebih 200,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) setiap hari sepanjang tempoh 20 hingga 29 Mac ini, susulan peningkatan mendadak trafik sempena cuti Aidilfitri yang panjang.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata lonjakan itu mencerminkan permintaan perjalanan yang tinggi berdasarkan corak perayaan terkini, dengan lebuh raya itu pernah merekodkan antara 160,000 hingga 170,000 kenderaan sehari.

Beliau berkata walaupun beberapa seksyen di Selangor iaitu Seksyen 3, 4 dan 7 masih belum dibuka dan dijangka siap tahun ini, aliran trafik di jajaran sedia ada tetap menunjukkan peningkatan ketara.

“WCE kekal komited untuk memastikan perjalanan selamat dan cekap bagi semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna lebuh raya supaya membuat perancangan awal bagi mengelak kesesakan terutama pada waktu puncak yang dijangka berlaku sebelah petang hingga malam.

Langkah disarankan termasuk memuat turun aplikasi WCE bagi mendapatkan maklumat trafik masa nyata, bertolak awal pagi serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi had laju, memakai tali pinggang keselamatan dan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan.

Selain itu, pemandu dinasihatkan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) seperti di Sungai Nyior, Perak dan Kapar, Selangor sekiranya berasa letih.

Untuk sebarang bantuan kecemasan, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol WCE 1700-81-6600 yang beroperasi 24 jam.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#West Coast Expressway
#lebuhraya wce
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan