awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilftri: Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
24/03/2026
07:31 MYT
Aidilftri: Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam
Sultan Kedah serta keluarga Diraja berangkat hadir ke majlis tersebut sebelum berkenan berangkat ke Balai Santapan Besar bagi santapan utama bersama para penjawat awam yang hadir. - Foto Kedah Royal Palace
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, pada Selasa
Majlis berkenaan merupakan cerminan keprihatinan serta hubungan erat di antara institusi diraja dan penjawat awam dalam suasana penuh kemesraan sempena sambutan perayaan.
Berangkat sama pada majlis berkenaan, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Seri Norizan Khazali serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Sultan Kedah serta keluarga Diraja berangkat hadir ke majlis tersebut sebelum berkenan berangkat ke Balai Santapan Besar bagi santapan utama bersama para penjawat awam yang hadir.
Antara juadah yang dihidangkan pada majlis berkenaan ialah nasi minyak, soto ayam, ketupat, lemang, rendang daging, ayam kuzi, sate serta kuih raya.
Seusai santapan, Sultan Sallehuddin serta keluarga diraja baginda turut berkenan beramah mesra bersama para hadirin.
Baginda seterusnya mengurniakan ampun kurnia duit raya kepada penjawat awam yang hadir sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Baginda.
Topic Berkaitan
#Sambutan Hari Raya Aidilfitri
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#Sultanah Maliha Tengku Ariff
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan