awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air naik dengan pantas, warga emas buntu selamatkan kakak terlantar

Bernama
Bernama
26/11/2025
15:30 MYT
Air naik dengan pantas, warga emas buntu selamatkan kakak terlantar
Zaimah Ismail, 66, berkata dia yang tinggal berdua dengan kakaknya Zainon, 70, tidak menyangka hujan lebat yang bermula pada 1 pagi menyebabkan rumah mereka dinaiki air sehingga paras paha kira-kira pukul 3 pagi. - Foto BERNAMA
MARANG: Air yang naik dengan mendadak di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Payong, di sini awal pagi tadi menyebabkan seorang warga emas buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan kakaknya yang terlantar akibat serangan strok.
Zaimah Ismail, 66, berkata dia yang tinggal berdua dengan kakaknya Zainon, 70, tidak menyangka hujan lebat yang bermula pada 1 pagi menyebabkan rumah mereka dinaiki air sehingga paras paha kira-kira pukul 3 pagi.
"Mak cik memang jangka banjir akan berlaku kerana kawasan ini akan banjir setiap tahun, namun kali ini air naik terlalu cepat, selalunya hujan lebat turun seharian baru rumah mak cik dinaiki air, tetapi tak sampai dua jam, air naik mendadak.
"Yang paling mak cik risau ialah kakak yang terlantar di atas katil, ketika kejadian air sudah hampir mencecah tilamnya, hendak minta bantuan jiran, mereka juga sibuk menyelamatkan keluarga masing-masing," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Zaimah yang tidak bekerja berkata dia bersyukur kerana akhirnya beberapa anggota polis datang ke rumahnya setelah dihubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membawa kakaknya menaiki trak ke tempat selamat.
Kedua-dua beradik warga emas itu kini tinggal di rumah inap berdekatan ekoran pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan rumah mereka telah penuh, selain untuk keselesaan Zainon yang terlantar sakit selama empat tahun.
Hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bukit Payong dinaiki air pagi tadi, manakala kebanyakan jalan terputus termasuk jalan utama yang menghubungkan Bukit Payong dan Lebuhraya Pantai Timur 2 serta bandar raya Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Zaimah Ismail
#warga emas
#selamatkan kakak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan