awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar diramal berlaku sehingga Sabtu ini

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
22:30 MYT
Air pasang besar diramal berlaku sehingga Sabtu ini
Fenomena air pasang besar akan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penduduk di pesisir pantai terutamanya di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Selasa hingga Sabtu ini.
Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia memaklumkan, kawasan berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.
Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook berkenaan, keadaan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
“Oleh itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.
“Mereka juga diminta memantau keadaan cuaca dan jika hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” kata hantaran tersebut pada Rabu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Pantai Barat Semenanjung Malaysia
#Kuala Langat
#Sabak Bernam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan