awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Selangor jamin pusat pemindahan patuh SOP PKPB

Bernama
Bernama
15/10/2020
21:27 MYT
Air pasang besar: Selangor jamin pusat pemindahan patuh SOP PKPB
Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah sehingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor pada Sabtu hingga Isnin ini. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM:Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan pusat pemindahan mangsa banjir yang disediakan susulan fenomena air laut pasang besar yang dijangka hujung minggu ini, akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata aspek penjarakan fizikal, kebersihan serta susun atur khemah di pusat berkenaan juga akan dititikberatkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Contohnya, jika sebelum ini, kira-kira 20 keluarga boleh ditempatkan di dalam satu dewan, mungkin jumlah tersebut kita kurangkan untuk mewujudkan penjarakan fizikal dan penjarakan susun atur khemah.
"Sebagai persediaan, jika ada lokasi yang jumlah mangsa banjirnya besar, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuka pusat pemindahan lain berdekatan dengan dewan bagi mematuhi SOP penjarakan fizikal," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis.
Muhammad Izzat Haziq berkata UPBN Selangor telah mengenal pasti 21 pusat pemindahan di lima daerah untuk digunakan sekiranya fenomena air pasang besar mengakibatkan banjir di kawasan berpenduduk iaitu Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Dalam pada itu, beliau berkata ban dan benteng pantai yang terhakis ekoran fenomena air laut pasang besar pada 19 dan 20 Sept lepas, juga selesai dibaik pulih oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan beberapa benteng tambahan turut dibina khususnya di sekitar kawasan pantai di Kuala Selangor.
Jelasnya, anggota UPBN Selangor juga sentiasa meninjau secara berkala di beberapa lokasi yang diramal dilanda fenomena air pasang besar selain melakukan pemantauan menggunakan dron.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai bermula Khamis bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.
Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah sehingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor pada Sabtu hingga Isnin ini, serta pada 15 dan 16 Nov depan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
#mangsa banjir
#SOP
#pusat pemindahan
#pandemik
#banjir
#air laut pasang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan