awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Tiga kampung di Bagan Datoh dinaiki air

Bernama
Bernama
15/10/2016
07:16 MYT
Air pasang besar: Tiga kampung di Bagan Datoh dinaiki air
Anggota pasukan keselamatan bersama penduduk setempat bergotong-royong membina benteng guni pasir sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang besar di Jalan Kuala Sepetang, Matang. - Foto BERNAMA
Tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air awal pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar, namun tiada kediaman yang terjejas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin.
Beliau berkata air pasang yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi menyebabkan tiga kawasan dilimpahi air iaitu Bagan Lipas, Bagan Pasir dan Kampung Kota.
"Setakat ini tiada kediaman yang terlibat dengan banjir kerana air pasang kembali surut selepas subuh.
"Air sekadar melimpah di kawasan laman rumah penduduk," katanya kepada Bernama.
Di daerah Kerian dan Taiping, tidak berlaku limpahan air, walaupun hujan lebat turun pada awal pagi.
"Tiada limpahan air melepasi ban pemecah ombak di perkampungan nelayan sekitar Kuala Kurau," kata
Pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan menambah air pasang surut dengan cepat.
Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Perak mulai hari ini sehingga Jumaat depan. - Bernama
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Bagan Datoh
#Hamzah Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan