awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco

Bernama
Bernama
10/04/2026
06:23 MYT
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
Mohd Fared (foto) berkata Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memberikan laporan terperinci berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sebelum sebarang keputusan dibuat. -Gambar fail/Bernama
Dakwaan ajaran sesat yang dibawa seorang wanita dikenali sebagai ‘Ratu Balqis’ kini masih di peringkat penyelidikan bagi menentukan sama ada ia menyimpang daripada agama.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memberikan laporan terperinci berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Selepas semua proses itu berlaku, saya yakin jika benar ajarannya menyimpang (atau sesat), tindakan pendakwaan akan dibuat (di Mahkamah Syariah) dan akan dimaklumkan," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan ajaran itu.
Mohd Fared berkata ajaran itu dipercayai muncul sejak 2018 sekali gus menjelaskan hantaran membabitkan ajaran berkenaan telah diturunkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Dalam pada itu, beliau berkata pengaruh ajaran tersebut berada dalam keadaan terkawal dan pengikutnya yang ditahan baru-baru ini termasuklah anak dan seorang ahli keluarganya.
Baru-baru ini wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkaitan institusi diraja menerusi media sosial pada bulan lepas.
Nurul Huda Mohd Bajuri,49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Media sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk remaja berumur 17 tahun ditahan di Taman Saujana bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan melalui aplikasi TikTok yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, institusi diraja Johor, Ketua Polis Johor dan Perdana Menteri.
Sementara itu mengenai perkembangan isu kerosakan lif orang awam di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor sejak awal Januari lepas, Mohd Fared berkata tindakan lanjut sedang dilakukan bagi mengatasi perkara tersebut.
Beliau berkata satu daripada tiga lif yang rosak akan dibaiki dengan kos RM50,000 bermula Selasa depan dan dijangka siap pada 28 April ini.
Dua lagi lif yang dibaiki melibatkan kos kira-kira RM200,000 dijangka siap selewat-lewatnya 27 Julai, memandangkan penghantaran alat ganti dari China akan mengambil tempoh kira-kira dua bulan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Balqis
#ajaran sesat
#fatwa
#Mohd Fared Mohd Khaled
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan