awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS jumpa PM esok, bentang syor tangani kontena e-waste
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan iring kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu

Bernama
Bernama
04/03/2026
03:11 MYT
AS akan iring kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu
Terletak di antara Teluk dan Teluk Oman, Selat Hormuz berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut dari Teluk ke lautan terbuka, mengukuhkan statusnya sebagai antara lokasi strategik paling penting di dunia. REUTERS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu, lapor agensi berita Xinhua.

“Jika perlu, Tentera Laut Amerika Syarikat akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz secepat mungkin,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial.

Trump berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa (DFC) AS untuk menyediakan apa yang dipanggil sebagai insurans risiko politik dan jaminan bagi perdagangan maritim, terutamanya tenaga, yang “melalui Teluk.”

Terletak di antara Teluk dan Teluk Oman, Selat Hormuz berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut dari Teluk ke lautan terbuka, mengukuhkan statusnya sebagai antara lokasi strategik paling penting di dunia.

Media Iran melaporkan bahawa Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran telah menutup Selat Hormuz kepada kapal, menyatakan laluan perairan penting minyak dan gas itu tidak selamat akibat serangan AS dan Israel.

Pada pagi Sabtu, serangan udara AS-Israel terhadap Iran mengorbankan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, bersama beberapa ahli keluarga pemimpin itu, komander tentera kanan dan orang awam.

Iran bertindak balas melalui beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel dan pangkalan AS di seluruh Timur Tengah.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Selat Hormuz
#Donald Trump
#kapal tangki minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan