awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS gagalkan cubaan seludup minuman keras

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
08:08 MYT
AKPS gagalkan cubaan seludup minuman keras
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bangunan Sultan Iskandar menggagalkan cubaan menyeludup masuk minuman keras bernilai RM110,652.76 termasuk cukai selepas memeriksa sebuah van perdagangan dari Singapura, semalam. - Foto Facebook AKP
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bangunan Sultan Iskandar menggagalkan cubaan menyeludup masuk minuman keras bernilai RM110,652.76 termasuk cukai selepas memeriksa sebuah van perdagangan dari Singapura, semalam.
AKPS dalam kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah mendapati terdapat penumpang dalam kenderaan, sedangkan hanya pemandu sahaja dibenarkan menggunakan laluan pemandu bas arah ketibaan dari negara berkenaan, pada 3.20 petang.
"Kedua-dua pemandu dan penumpang van, warga tempatan berusia 38 serta 43 tahun enggan memberikan kerjasama dengan tidak beri sebarang reaksi apabila disoal," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, hasil pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah kotak ditutup dengan kain hitam, yang mengandungi 888 botol minuman keras pelbagai jenama yang tidak diisytiharkan dan cuba diseludup masuk.
Minuman keras yang dirampas bernilai RM17,328.50, manakala nilai cukai terlibat ialah RM93,324.26, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM110,652.76.
"Semua minuman keras terbabit telah disita dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan, serta tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#gagalkan cubaan
#Seludup minuman keras
#Bangunan Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan