awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS tahan tujuh warga Afghanistan yang cuba memasuki negara guna visa palsu

Bernama
Bernama
18/07/2025
02:50 MYT
AKPS tahan tujuh warga Afghanistan yang cuba memasuki negara guna visa palsu
Menurut AKPS, mereka yang didapati menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan, mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia sebagai destinasi akhir. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menahan tujuh warga Afghanistan yang didapti cuba memasuki negara menggunakan visa palsu, di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Ahad dan Selasa lepas.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua mereka yang terdiri daripada lima dewasa dan dua kanak-kanak berusia antara 15 dan 36 tahun, dikesan dalam dua kumpulan berasingan.
Menurut AKPS, mereka yang didapati menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan, mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia sebagai destinasi akhir.
AKPS menolak kemasukan mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan.
"Tindakan pantas dan berkesan ini mencerminkan komitmen berterusan AKPS memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi,"menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#warga Afghanistan
#visa palsu
#Terminal Satu KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan