awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta OKU perlu ditambah baik - Ras Adiba Radzi

Bernama
Bernama
11/11/2019
20:52 MYT
Akta OKU perlu ditambah baik - Ras Adiba Radzi
Masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran dan dipersiapkan dengan latihan bagi membantu dan menyokong komuniti itu untuk bergerak sebagai masyarakat harmoni. - Gambar hiasan
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilindungi dan tidak disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Pengasas pertubuhan bukan kerajaan OKU Sentral Ras Adiba Radzi berkata langkah itu penting bagi memastikan wujud peraturan dan tindakan undang-undang yang selaras dikenakan terhadap mereka yang menyalah guna prasarana yang disediakan untuk golongan itu.
Beliau yang merupakan personaliti televisyen veteran berkata peraturan dan denda berbeza yang dilaksanakan setiap pihak dan badan dilihat tidak cukup 'taring' dan mampu mendidik masyarakat dalam menghormati keperluan komuniti OKU.
"Kita tidak ada hukuman atau denda jika sesebuah bangunan dibina tidak mengikut spesifikasi (yang selamat dan mesra OKU), begitu juga dengan syarikat atau badan yang tidak mengambil OKU bekerja, kerana sepatutnya ada satu peratus.
Kita perlu pastikan standard peraturan garis panduan yang kita boleh ikut, kita tidak boleh 'hentam kromo' lagi, kalau kita tidak tekankan ( kesedaran hak kesaksamaan OKU ) sampai bila-bila tak berubah," katanya kepada Bernama pada Isnin malam.
Ras Adiba berkata masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran dan dipersiapkan dengan latihan bagi membantu dan menyokong komuniti itu untuk bergerak sebagai masyarakat harmoni.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta oku
#OKU
#orang kelainan upaya
#orang kyrang upaya
#Ras Adiba Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan