awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan

Bernama
Bernama
07/05/2024
12:45 MYT
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam peringkat akhir meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 agar hukuman penjara bagi kesalahan penyalahgunaan dadah ditukar kepada program rawatan dan pemulihan dadah.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Sekarang, kita (KDN) sedang harmonikan (proses) fasa akhir. Kalau semua berjalan lancar, insya-Allah pada sidang (Dewan Rakyat) yang terdekat ini, kita akan bentangkan pindaan Akta Penagih Dadah ini dan saya fikir ia adalah satu pencetus perubahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka AADK 2024 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi di sini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Saifuddin Nasution, pindaan akta itu dibuat untuk memberi peluang kedua kepada penagih serta mengurangkan kesesakan di 41 penjara seluruh negara terutama bagi pesalah penagih yang didapati telah menyalah guna bahan terlarang berkenaan.
"Di dalam 41 penjara, kita ada lebih kurang 78,000 penghuni (pesalah) dan apabila dibuat pemprofilan data, didapati sebahagian besar kesalahan mereka berkait dengan dadah iaitu bermula dari mengedar sehingga salah guna dadah yang merupakan kesalahan kecil.
"Jadi kalau semua kita nak ikut jalur sedia ada, penjara akan semakin sesak dan tidak kondusif. Oleh itu, dengan pindaan ini, harapan kita adalah kalau setakat perkara (kesalahan) berkaitan penyalahgunaan, kita nak menyahjenayah mereka supaya dapat dihantar ke pusat pemulihan," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata pindaan itu akan memberi kebenaran kepada pegawai pemulihan dadah untuk menjalankan saringan ujian kencing terhadap seseorang individu dan menentusahkan sama ada mereka positif dadah ataupun tidak, sebelum individu itu boleh dihantar ke Puspen.
Mengikut amalan biasa, katanya saringan dan penentuan ujian itu hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Penagih Dadah 1983
#peringkat akhir pindaan
#KDN
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan