awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
06/02/2015
00:11 MYT
Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yakin akta tersebut mampu bertindak sebagai anti monopoli dan anti kartel dan seterusnya membela nasib pengguna. - Gambar fail
Akta Persaingan yang telah diwartakan pada 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yakin akta tersebut mampu bertindak sebagai anti monopoli dan anti kartel dan seterusnya membela nasib pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata, kewujudan kumpulan atau pihak yang mengawal harga barangan ketika ini perlu dipantau KPDNKK dan dikenakan denda kerana memberi impak kepada ekonomi dan kebajikan pengguna.
“Dari supply chain kita kena berhati-hati dari segi keseluruhan dari segi pengimport, pembuat, petani, pemborong dan kita tengok jika ada amalan yang dipanggil anti monopolistik, bermakna ada orang bincang harga dan mengawal harga dan sebagainya, melalui akta persaingan seberapa yang boleh kerajaan harus memastikan pasaran yang betul2 bebas, jika pasaran bebas, peniaga akan bersaing dan jika mereka bersaing harga akan turun," kata Paul.
Paul berkata penurunan harga minyak telah menjimatkan kos kepada penjual dan hasil penjimatan itu perlu dikembalikan kepada pengguna dengan menurunkan harga barangan.
Akta Persaingan 2010 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 itu terpakai kepada semua aktiviti komersial di dalam dan di luar Malaysia selagi aktiviti perdagangan dijalankan di luar Malaysia mempunyai kesan terhadap persaingan dalam mana-mana pasaran di Malaysia.
Akta tersebut dikawal oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia iaitu sebuah badan berkanun bebas yang ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan dan penguatkuasaan akta.
Topic Berkaitan
#Akta Persaingan
#Fomca
#KPDNKK
#Paul Selvaraj
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan