awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti selam skuba antara sukan air yang selamat

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/04/2022
21:15 MYT
Aktiviti selam skuba antara sukan air yang selamat
Aktiviti selam skuba mempunyai peralatan pernafasan bagi menghindari berlakunya kejadian lemas. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Aktiviti selam skuba dikategorikan antara sukan air yang selamat berbanding renang dan snorkeling.
Penyelam Skuba Saintifik Universiti Malaysia Terengganu, Prof Datuk Mazlan Abd Ghaffar berkata, aktiviti itu mempunyai peralatan pernafasan bagi menghindari berlakunya kejadian lemas.
Menurut Mazlan apa yang menjadi keutamaan adalah penyelam perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kes yang berlaku baru-baru ini merupakan salah satu kes yang kita panggilkan sebagai tidak ikut SOP.
"Sepatutnya apabila setiap selam skuba dilakukan, ianya perlu patuh kepada SOP iaitu mesti, maksudnya apabila turun tidak boleh secara berseorang mesti ada 'partner buddy', kemudian secara berkumpulan dan turun itu di mana. Jadi apabila naik pun kena di tempat yang sama, ada bot yang menunggu contohnya. Ataupun kalau nak berenang ke tepi pantai, kalau dekat, berenang tepi pantai.
"Jadi kalau kalau ikut, kalau sekiranya kita patuh keselamatan ataupun SOP yang telah tetapkan insyaAllah ia merupakan satu sukan yang selamat," katanya.
7 April lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan buat sementara waktu.
Titah itu susulan empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, pada 6 April lepas.
Tiga penyelam Kristine Grodem, 35, warga Norway, Adrian Peter Chesters, 46, warga British dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis ditemukan selamat manakala Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#skuba
#peralatan pernafasan
#Mazlan Abd Ghaffar
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan