awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
23/12/2015
08:54 MYT
Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis
Mohd Ali yang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dibebaskan hari ini. - Gambar Fail
Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata pihaknya telah merakam keterangan daripada Mohd Ali, 44, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan di Kompleks Kota Raya di sini.
"Mohd Ali yang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dibebaskan hari ini," katanya.
Ahad lalu sekumpulan individu dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu dan klip video pergaduhan itu yang berdurasi dua minit 30 saat telah dimuat naik dalam YouTube.
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit dengan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi daripada 14 suspek yang diburu berhubung pergaduhan berkenaan berjaya ditahan semalam menjadikan suspek yang ditahan setakat ini dua orang.
Habibi berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan dirumahnya di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini kira-kira pukul 8 malam semalam dan dia ditahan reman dua hari mulai hari ini.
Sementara suspek yang ditahan pada hari kejadian telah dituduh di Mahkamah Majistret pagi ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah sementara 13 lagi suspek masih diburu, katanya.
Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini, penjaga parkir Khairuddin Arbi @ Omar, 38, telah dihukum penjara empat hari dan denda RM1,800 setelah mengaku bersalah mengugut lima jurujual kedai telefon.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Ali Tinju
#Habibi Majinji
#Kota Raya
#Mohd Ali Bahrom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan