awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ali Tinju dilepas dan dibebas dari pertuduhan menghasut

Bernama
Bernama
18/09/2015
12:56 MYT
Ali Tinju dilepas dan dibebas dari pertuduhan menghasut
Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas. - Gambar Fail
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Julai lepas.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu semalam selepas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali "Ali Tinju".
Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Ali diwakili peguam Dzaki Ezhar Bahar.
Topic Berkaitan
#Ali Tinju
#Mohd Ali Baharom
#Suhaimi Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan