awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar

Bernama
Bernama
08/04/2024
14:55 MYT
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan), keadaan dilaporkan terkawal manakala di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan.
"Setakat ini, semua laluan lebuh raya bergerak lancar kecuali di bahagian selatan tanah air iaitu di Tangkak, Johor menuju Jasin, Melaka yang terdapat peningkatan jumlah kenderaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata aliran trafik Plaza Tol Karak menghala Pantai Timur juga mulai sesak, disebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing susulan tol percuma selama dua hari bermula hari ini.
Akaun rasmi Twitter PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat kemalangan yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di lebuh raya antaranya di Kilometer(KM) 172.9 arah utara dari Tangkak ke Jasin dan KM265.7 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U), menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#lebuh raya utama
#lancar
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan