awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/12/2024
13:16 MYT
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Amaran itu adalah untuk tempoh bermula 8 Disember sehingga 11 Disember. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah mengeluarkan amaran banjir di empat negeri, iaitu Kedah, Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Amaran itu adalah untuk tempoh bermula 8 Disember sehingga 11 Disember.
Di Kedah, banjir dijangka berlaku di tujuh daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Lapan daerah yang dijangka terkesan di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Manakala di Pahang, tujuh daerah diramal mengalami banjir iaitu Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara di Kelantan pula, 10 jajahan diletak dalam situasi berjaga-jaga iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
JPS akan terus membuat pemantauan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku, dan semua pihak termasuk agensi pengurusan bencana serta penduduk diminta sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#Kelantan
#Kedah
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan