awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selamba baling bata dari tingkat atas pangsapuri
Delegasi Iran bawa barangan peribadi korban kanak-kanak sekolah Minab ke Rundingan Islamabad
Kelengkapan MALBATT di Lubnan bukan untuk operasi zon peperangan aktif - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amazon tamatkan sokongan model Kindle lama mulai Mei 2026

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
03:55 MYT
Amazon tamatkan sokongan model Kindle lama mulai Mei 2026
Penamatan sokongan melibatkan beberapa model lama termasuk Kindle generasi pertama dan kedua, Kindle DX, Kindle DX Graphite, Kindle Keyboard, Kindle 4, Kindle 5, Kindle Touch serta Kindle Paperwhite generasi pertama. -Foto Amanz
Amazon umum akan menamatkan sokongan terhadap sejumlah model pembaca buku digital Kindle yang diperkenalkan sebelum 2012, berkuat kuasa 20 Mei 2026, lapor Amanz.
Langkah itu menyebabkan peranti terlibat tidak lagi mempunyai akses kepada Kindle Store, sekali gus menghalang pengguna daripada membeli atau memuat turun kandungan baharu secara terus ke peranti berkenaan.
Menurut notis yang diedarkan oleh gergasi e-dagang itu, penamatan sokongan melibatkan beberapa model lama termasuk Kindle generasi pertama dan kedua, Kindle DX, Kindle DX Graphite, Kindle Keyboard, Kindle 4, Kindle 5, Kindle Touch serta Kindle Paperwhite generasi pertama.
Amazon bagaimanapun menjelaskan pengguna masih boleh membaca buku digital yang telah dimuat turun ke dalam peranti masing-masing sebelum tarikh berkenaan.
Namun, peranti yang telah dinyahdaftar atau ditetapkan semula kepada tetapan kilang tidak lagi boleh didaftarkan semula selepas 20 Mei 2026.
Di Malaysia, meskipun peranti Kindle tidak ditawarkan secara rasmi oleh Amazon, ia kekal popular dalam kalangan peminat buku digital menerusi set import yang dibawa masuk oleh penjual tempatan.
Selain Kindle, pasaran pembaca buku digital tempatan turut menyaksikan persaingan daripada jenama alternatif seperti Boox dan Kobo yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Penganalisis industri menyifatkan tindakan Amazon itu sebagai sebahagian daripada kitaran hayat biasa produk teknologi, sambil mengingatkan pengguna agar menyelaraskan dan memuat turun kandungan masing-masing sebelum tempoh sokongan berakhir.
Topic Berkaitan
#Amazon
#Kindle
#pembaca buku digital
#teknologi e-buku
#peranti lama
#Kindle Store
#Malaysia
#industri teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan