awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambulans terbabas, empat cedera

Bernama
Bernama
21/12/2022
04:28 MYT
Ambulans terbabas, empat cedera
Kemalangan berlaku pada pukul 4.40 petang semasa pemandu ambulans dan seorang pembantu pegawai perubatan sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara ke Hospital Pulau Pinang. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Empat individu termasuk pesakit yang dibawa dalam ambulans St. John cedera selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik di Jalan Masjid Negeri, di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata kemalangan berlaku pada pukul 4.40 petang itu semasa pemandu ambulans dan seorang pembantu pegawai perubatan, masing-masing berumur 22 dan 28 tahun, sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara, dekat sini selepas mengambil seorang pesakit wanita dan anak perempuannya untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Sebaik sampai di Jalan Masjid Negeri, menghala ke Jalan Scotland, pemandu ambulans dipercayai hilang kawalan, menyebabkan ambulans terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta sebatang pokok di sebelah kanan jalan, lalu terbalik.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans, pesakit yang berusia 54 tahun dan anak perempuannya berumur 24 tahun tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.
"Pesakit pula mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ambulans
#St John
#pulau pinang
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan