awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2024
09:07 MYT
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Mohamad Farik (kanan) dan Mohammed Nazir (kiri) ditahan di Thailand pada tahun 2003. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan ringkas hari ini berkata, kerajaan Malaysia telah menerima Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang ditahan selama kira-kira 18 tahun itu.
"Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.
"Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini," katanya.
Kedua-dua mereka telah ditahan di Thailand pada tahun 2003 tetapi tidak pernah menjalani perbicaraan sehingga 2024.
Pada penghujung Jan 2024 di bawah "plea bargain" atau tawaran terhadap pengakuan bersalah, kedua-dua mereka mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo atas tuduhan menjadi "aksesori" kepada serangan pengganas di Bali dan hakim tentera AS Lt. Kol. Wesley A. Braun menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas mereka selepas perbicaraan singkat.
Saifuddin Nasution pada September tahun lalu dilapor berkata, kerajaan sedang mempercepatkan usaha membawa pulang dua warga Malaysia yang kini berada dalam tahanan di Teluk Guantanamo.
Beliau berkata, perkara tersebut dibincangkan beliau dalam pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow, di New York baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Teluk Guantanamo
#rakyat Malaysia
#Amerika Syarikat
#pengeboman bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan