awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMM ke-58: Beberapa lagi Menteri Luar ASEAN tiba di Malaysia

Bernama
Bernama
07/07/2025
23:20 MYT
AMM ke-58: Beberapa lagi Menteri Luar ASEAN tiba di Malaysia
Beberapa pemimpin negara anggota ASEAN tiba di KLIA pada Isnin bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan. - Foto BERNAMA
SEPANG: Beberapa lagi pemimpin negara anggota ASEAN tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.
Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 7.30 malam manakala Menteri Luar Laos Thongsavanh Phomvihane pada 8.08 malam.
Terdahulu, Setiausaha Luar Filipina Ma Theresa P. Lazaro tiba pada 5.10 petang.
Di Terminal 1 KLIA, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son dan isteri Vu Thi Bich Ngoc tiba pada 5.35 petang, disusuli Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa dan isteri Kokan Sangiampongsa pada 8 malam.
AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", akan merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi libat urus bersama rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektoral.
Mesyuarat bermula 8 hingga 11 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan terdiri daripada menteri luar ASEAN, Timor-Leste, rakan dialog ASEAN, negara yang menyertai Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog sektoral dan pegawai kanan Sekretariat ASEAN.
Malaysia menjadi tuan rumah AMM sebagai sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN buat kali kelima, selepas pernah memegang peranan berkenaan pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
#Menteri Luar ASEAN
#AMM ke-58
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan